BAB 1 : KG. BATU RAKIT – KAMPUNG YANG DI TINGGALKAN
Hujan selalu memenjarakan. Hujan akan sentiasa mempunyai tugas nya sendiri. Memenjara kan dan dalam masa yang sama, melepaskan.
Aku melihat hujan bukan sekadar fitrah alam. Ia akan mengumpulkan segala kelodak dari tepi sungai, longkang-longkap perumahan, sampah sarap dari mana mana pun, hujan lah yang akan sentiasa membawa kesemuanya itu ke muka muara. Membersihkan nya dengan cara sedemikian.
Hujan selalu memenjarakan. Nelayan, petani terpaksa menganggur kerana hujan. Ada punci rezeki yang tertutup. Barangkali hujan juga menjadi elemen penting jadual rutin seorang manusia.
Sewaktu aku menulis ini, hujan sangat lebat disini. Ia memenjara aku, membuat jiwa dan fikirkan ku tertumpu ke ruang lalu, ke ruang kenangan yang tak mungkin terpadam. Ruang dan kenangan masa kecil yang indah dan menyeronokkan sekali. Frasa-frasa hidup seorang manusia tanpa dosa, tanpa kusut masai dan tanggungjawab tanpa beban…tanpa kesedihan, meskipun pada masa itu juga lah tangisan sama banyak dengan gelak ketawa.
Hujan.
Dalam hujan begini lah aku pernah pulang dari sekolah. Harus berjalan kaki sejauh dua batu, ayah selalu memandikan aku dengan air suam. Cek memasak air dengan dapur kayu, menuangkan nya ke dalam baldi. Kemudian, ayah akan menceduk dari di telaga dengan timba dan menuangkan nya kedalam baldi tadi. Selepas dua atau tiga timba, dia mula merasakan kesesuaian suhu air itu dengan badan ku (agaknya). Selepas serasa sesuai, aku akan di mandikan.
Satu cebuk demi satu cebuk dijirus di kepala ku. Serentak dengan air suam itu menjamah tubuhku, dia selalu berpesan dengan ayat yang sama.
“Awang, belajar ni penting. Manusia akan lebih menjadi manusia hanya dengan ilmu”..
Banyak yang tidak ku fahami waktu itu, terutama nya ayat “manusia akan lebih menjadi manusia hanya dengan ilmu” itu berkali kali di ungkap dan di ulangi. Tetapi kanak-kanak seusia 7 tahun jarang ingin melunasi semua nya. Kalau payah, mereka akan cuba melupakan. Itu lah yang aku buat waktu itu..
M
akan pagi? Selalunya Cek akan memasak nasi goreng. Kalau ada ikan kering memang sedap. Cek seorang tukang masak terbaik di dunia ku. Aku tak pernah bertemu dengan masakan lain lagi sesedap itu terutamanya nasi goreng yang merah tu. Air teh O panas selalu mengiringi sarapan pagi kami.
Sambil aku makan itu, Cek selalu tidak menghiraukan kerana dia sibuk menceduk beberapa senduk dari nasi goreng di kuali itu kedalam sebuah bekas plastik. Kemudian, sebekas air teh suam disediakan. Kedua dua bekas plastik itu, satu diisi nasi goreng paling sedap di dunia dan satu lagi air teh O suam menjadi bekalan ku kesekolah, hampir setiap hari. Aku sendiri tidak pernah jemu dengan bekalan-bekalan itu.
Perlahan ayah berpesan selepas kami selesai menghabiskan nasi goreng pagi itu.
“kak long, tengok adik. Tunjuk kan dia bilik guru besar. Suruh dia beri surat beranak ni”
Itu lah akan menjadi hari pertama aku ke sekolah. Berjalan kaki sejauh dua batu dari pondok tempat kediaman ku bukan lah sesuatu yang mudah. Walaupun ayag telah berpesan pada kak long (kakak ku satu satunya), tetapi dia lebih selesa membonceng basikal kawan nya dan membiarkan aku sendirian berjalan dalam dingin pagi.
“aku tunggu mung kat pagor sekoloh”
Itu lah kata kata akhir dia yang ku dengar pagi itu, sebelum dalam samar-samar pagi itu, bayangan nya mula lenyap.
Selangkah demi selangkah kaki ku melangkah membawa ku ke depan. Sambil menggalas beg sekolah yang hampir kosong itu, fikiran ku mula menerawang.
“manusia lebih menjadi manusia hanya dengan ilmu?”..tiba tiba ingatan itu menerpa fikiran. Apa makna nya itu yer? Ilmu? Manusia?
Aku masih cepat mengingati pemandangan indah kampung ini. Walaupun aku tidak dilahirkan di sini, tetapi aku suka kampung ini. Di kampung ini lah aku mula boleh mengingat, mengaji al-quran bahkan mula mengenal huruf a, b sampai z, atau number number 1 hingga 100. ayah lah orang yang tekun mengajar aku dengan sabar. Setiap hari sebaik selepas maghrib, aku akan di hadapkan di depan muqqadam. Mengaji dan mengaji. Bila aku berjaya “alih” (bertukar surah yang lebih atas) ayah akaan berikan aku sepuluh sen. Aku tidak sia siakan hasil itu.Ayah selalu mempastikan aku meletakkan wang upahan itu ke dalam sebuah tabung buluh di tepi tiang pondok kayu tempat kediaman kami itu. Aku tak pernah berani untuk tidak menyimpan setiap sepuluh sen nya itu setiap kali aku “alih”.
No comments:
Post a Comment