Sunday, 17 July 2011

BAB 1 : KG. BATU RAKIT – KAMPUNG YANG DI TINGGALKAN (2)

Di depanku kini ada sebatang jalan tanah merah berbatu yang panjang, sejauh mata memandang. Di kiri kanan ku ada bendang yang luas. Terbantut oleh ssebuah bukit di kananku, sementara di kiri ku, sawah padi yang kontang seluas luas nya. aku sempat ingat aku pernah menangguk ikan laga dari sawah itu. Banyak ikan laga di situ, terutamanya sebelah petang. Aku selalu bersama Rahman dan Bakar. Mereka lebih pandai dan mahir. Aku cuma menumpang rezeki mereka.

Aku terus melangkah. YA ALLAH jauhnya perjalanan ini. Tidak ada pelajar sebaya ku di perlakukan begini – harus sendirian berjalan kaki di hari pertama sekolah. Perjalanan ini jauh sekali ayah. Jauh. Terlalu jauh bagi ku.

“Menjadi berilmu itu bermakna menjadi lebih sabar”....

Pesan ayah pagi itu. Pagi sebelum aku mencium tangan nya untuk ke sekolah.

“Dengar cakap cikgu. Ikut semua cakap cikgu”. Pesan ayah berkali kali. Lagi dan lagi.

“kalau cikgu marah, jangan lawan ..diam saja..dengar tak ni?” Tambah Cek. Ayah dan Cek selalu tidak akan boleh bertolakansur jika anak nya ada masalah dengan cikgu cikgu. Pernah satu masa kak long ku ada masalah dengan cikgu. Berita itu sampai ke telinga ayah, tak bertangguh dia terus ke rumah cikgu Rusdi, guru kelas 3 Chempaka (kelas kak long) dan segera menanyakan masalah kak long.

Kak long tak sampai ke sekolah pada beberapa hari dalam minggu lalu. Sseperti tadi, dia membonceng kawan nya. Aku tahu membonceng basikal kawan untuk ke sekolah bukan lah satu kesalahan, tetapi dengan membonceng itu juga lah agaknya dia tidak sampai ke sekolah. Kemana dia? Aku tidak berhak tahu kerana semasa Cek dan Ayah berurusan dengan Kak Long, aku di minta tak mendengar nya. Caranya, Cek menyuruhku ke kedai membeli sekati gula, empat puloh sen gandum dan minyak masak, sebotol. Bila aku tiba dirumah semula, mereka seperti sudah siap berbincang dengan Kak Long sedang menangis. Cek pun turut menangis dan menyapu minyak di tapak tangan kak long. Aku sedih sekali melihat suasana itu. Dalam hati ku tetap bertanya “kak long di rotan ker? Kenapa?”. Soalan soalan itu menerpa nerpa, hampir sepuluh tahun kemudian (sewaktu aku sudah berumur 17 tahun) baru lah aku diizinkan untuk diberi jawapan nya. Kesian kak long.

Hari ini pun, kak long turut membonceng basikal kawan nya lagi. Pada waktu itu, aku sangat berharap dia memang menunggu aku di pagar sekolah, jangan lah ponteng kak long, tolonglah. Aku perlukan kak long untuk jumpa guru atau guru besar. Aku perlu mendaftar untuk masuk darjah satu. Aku nak sekolah kak long. Aku nak jadi pandai dan dapat kerja yang bagus – gaji besar ..Tapi kalau kak long tak ada, macamana yer..Kak Long, tolong lah ada di sekolah. Tolonglah kak long.

Tetapi, kalau pun kak long tak mampu menunggu ku di pagar sekolah itu, aku maafkan kak long. Untuk apa pun alasan nya kak long, aku maafkan kak long, tapi tolonglah ada.

Aku rasa aku sudah menghabiskan separuh jarak perjalanan dari pondok kami ke sekolah sebaik aku melepasi kawasan sawah padi yang kontang itu. Ada sebatang tiang lampu yang condong ke timur, itu lah tandanya. Ayah selalu mengulang ulang pesanan itu. Aku ingat benar.

“tanda tiang lampu ni awang. Bila jumpa tiang ni, separuh perjalanan. Rehat dulu kalau penat. Nampak wakaf tu? Duduk situ, minum air teh Cek buat tu kat situ. Bila makan atau minum, jangan berdiri”.

Dalam hati kecil aku kini, aku berbisik “ye ayah, saya ingat, saya akan duduk kalau nak makan atau nak minum”. Tetapi aku memang bertekad untuk tidak mudah mudah berehat (kecuali terpaksa), sebelum sempurna perjalanan ku. Langkah ku teruskan, irama nya sama seperti langkah pertama aku turun dari pondok tadi, masih kekal begitu – tidak lebih laju atau lebih perlahan.

Selepas sawah padi tadi, ada kampung – Wakaf Chagak – yang perlu aku lalui. Permandangan di sini agak berbeza. Kalau sebelum ini, aku cuma akan berjumpa dengan beberapa kumpulan lembu atau kerbau yang diseret ke bendang, melalui kampung ini aku temui ramai kawan-kawan sebaya yang masing-masing menggalas beg sekolah. Bezanya mereka di pimpin ayah atau ibu masing-masing. Mereka pula ramah, ramai yang menegur ku dengan kata kata yang biasa.

No comments:

Post a Comment