“Sorang? Mana ayah?” sapa salah seorang dari mereka.
“kerja” jawap ku cepat-cepat. Sebenar nya aku tak pasti apakah benar ayah memang telah keluar bekerja atau sedang menyambung tidur nya. Tapi jika ayah tidur pun, apa salah nya. Dia tentu tak perlu ke sekolah seperti aku, ayah sudah pandai. Begitu juga Cek, yang mana aku lebih yakin dia ke kebun getah, menoreh pohon getah Haji Seman dan berusaha untuk membawa pulang beberapa batang dahan kering untuk untuk di jadikan bahan bakar nanti nya.
“Cek?” tanya makcik yang lain pulak.
“Cek ke kebun” jawap ku. Semua jawapan jawapan itu adalah jawapan yang kuciptakan sendiri, adalah jawapan jawapan dari khayal ku sendiri. Aku tak mengambil masa lama untuk menjawapnya, kerana memang soalan soalan itu sudah biasa. Satu lagi, aku cepat menjawap nya supaya makcik makcik itu tidak lagi bertanya, kerana aku mula merasakan akan lebih banyak soalan yang tak ada jawapan.
“kak long mana?” makcik yang mula mula bertanya tadi mula bertanya semula, Kali ini soalan nya susah. Apa jawapan nya yer?
Lama aku terdiam. Aku memang tak ada jawapan untuk yang ini. Berniat mengelak dari menjawap, aku mula melangkah lebih cepat. Mereka melayani aku dengan turut mempercepatkan langkah. Langkah-langkah kami kian menderas.
Bezanya, aku bukan saja rasa sendirian, bahkan memang aku sendirian kan?. Mereka (makcik makcik itu semua) menemani anak-anak mereka, membantu menggalas beg yang hampir tak berisi atau saling memimpin tangan anak-anak yang sebaya aku berjalan dari tepi jalan ini, yang sekali sekali kelihatan menggenggam tangan mereka ketika kedengaran ada motosikal atau beca yang memotong mendahului.
Jawapan tentang kak long tak kujawap sehingga aku mula melihat pagar sekolah bangunan kayu itu. Pagar sekolah pun kayu. Dari kejauhan ini, aku mula jatuh cinta pada sekolah ini. Cantik nya. Cantik nya sekolah ini pagi ini kerana ia akan menjadi sekolah ku sendiri. Ramai ibu bapa yang sudah sampai berkerumum di sisi bangunan kayu itu. Di tepi pagar itu ada pohon yang sangat rimbun dan rendang. Pohon-pohon yang merimbun itu hampir mengelilingi kawasan sekolah ku ini. Cantek kan? Padang bola yang menghijau, kelihatan kemas dan bersih. Aku suka.
Saat aku menghampiri pagar sekolah, mata ku liar mencari kak long. Puas aku mencari, dengan mata yang liar tanpa sedar aku melangkah ke dalam kawasan sekolah yang cantik ini, tetapi aku masih tidak bertemu kak long. Kak long kak long, kemana kak long. Tolong lah ada, tunjukkan aku bilik guru besar, itu saja kak long. Banyak kali aku bisikkan itu supaya kak long dengar dan segera datang, tapi sesuatu yang paling aku tidak harapkan, itu lah yang banyak terjadi. Aku harap sangat kak long ikut cakap ayah supaya “kak long, tengok adik. Tunjuk kan dia bilik guru besar. Suruh dia beri surat beranak ni”. Kak long nampaknya tidak faham atau tidak mahu faham betapa aku perlukan dia hari ini, atau hari ini sahaja.
No comments:
Post a Comment